Thursday 25 December 2014

REVIEW : Ameyra Beauty Flawless Skincare

As'salam.

Remember last post berkenaan review Safi Rania Gold? Click here to refresh it.

For your information, aku dah tak pakai Safi Rania Gold, tapi dah tukar kepada new skin care produk yang lebih murah and okay kot pada aku. But I still adore Safi Rania Gold punya pencuci muka yang untuk kulit kering tu, memang muka kau akan jadi lembap bila dah cuci muka.

And now aku tengah menggunakan Ameyra Beauty. Its not a really commercial produk, and for all information, dekat online sekarang kan memang berlambak produk-produk jenama sendiri yang dijual secara meluas. Bila korang scroll Instagram, memang macam-macam nama produk yang keluar. Mulanya dulu bagi aku hebat betul dan kaya betul dorang ni boleh ada produk sendiri, tiba-tiba ada kakak kat tempat kerja aku tunjuk iklan kat majalah Wanita, iklan tu kata kalau nak buat bahan skincare atau kosmetik jenama sendiri, kilang tu boleh buatkan, So means aku pun boleh ada jenama sendiri, tukar itu ini sikit dah boleh jual. Janji ada modal, tak gitu?

Untuk Ameyra Beauty ni kenapa aku tiba-tiba minat nak cuba? Pertama sebab Kak Ayu dari Kelly Services yang cadangkan. Masa aku tanya dia tu skincare apa yang dia pakai sebab muka dia nampak glowing, and then dia cadangkan aku pakai Ameyra Beauty ini sebab dia kata memang okay. Aku pulak nak cari skincare sebab aku rasa muka aku sangatlah kusam memang tak boleh nak cakap kusamnya. Mungkin juga sebab aku dah selalu tepek bedak lipstik semua kan so makin lah kusam and then dah lah tak pelihara pula, so makin rosak lah.

Yang membuatkan aku sangat nak try adalah sebab aku rasa muka aku naik jeragat, aku pernah up entry pasal jeragat ini dulu. Click here. Dalam entri itu aku ada tulis yang aku nak beli krim jeragat tu tapi sampai sekarang sebenarnya aku belum beli sebab bila cari je kat farmasi asyik dah habis. So end up dia aku try je pakai Ameyra Beauty ni sebab seperti yang di inform, ia juga boleh menghilangkan jeragat.

*no filter* Kesan kehitaman or apa sahaja yang patut dipanggil tapi pada aku ini adalah jeragat. Taken July 7, 2014.
*no filter* Masih ada kesan tetapi dah berkurang kan? Taken Dec 25, 2014
Untuk pengetahuan kalian, menggunakan skincare ini bukan cepat kesan dia hilang macam kesan kita nak gemuk, nak gemuk sangat senang, kau makan je kek and benda tak sihat hari-hari, timbang lepas seminggu dan anda akan dapat hasilnya. Tapi untuk kurus? Makan tahun weyhhh. Same goes to your skin, untuk jadi tak elok memang senang tapi untuk jadi elok lambat lah sikit, yang penting usaha, Dan yang paling penting jangan cepat putus ada dengan skincare tersebut, macam aku kata, semua kena ada usaha sebab bukan bermakna kau guna sebulan dah rasa takde perubahan kau pun tukar ke skincare lain, sebaiknya gunalah tiga kali set, bila dah guna tiga kali set tapi takde perubahan, yes itu kau kena lah tukar sebab skincare kau tu tak bagi apa-apa faedah pun pada kau. Maksud aku tiga kali set adalah bila kau dah beli set yang ketiga, I think that will be more than two months sebab satu set dah makan dalam dua bulan. First set aku beli Ameyra Beauty ni dekat Semua House pada awal Oktober dan baru bulan ini aku beli yang kedua. So In Shaa Allah kalau sabar kita boleh dapat apa yang kita nak.

Talk about Ameyra Beauty, korang boleh search your own instagram, siapa yang takde insta boleh jugak view from PC/Laptop/device tanpa menggunakan apps insta. Click here.

This is the HQ dekat Jalan Reko, Kajang.
Ni actually trial set untuk sesiapa yang rasa tak yakin tapi nak cuba. RM49.90
Yeah inilah set flawless Ameyra Beauty. RM80
Harga dia satu set RM80, consist of day cream, night cream and sabun susu kambing. Day cream dia ala-ala krim kecantikan Safi Rania Gold tapi tak terlampau melekit macam SRG punya. Night cream dia wangi tapi agak melekit lah. Kalau boleh pakai 30 minit before tidur. Sabun muka dia Ya Allah wanginyaaa. Selain beli satu set, you all boleh juga beli loose item sebab pada aku night cream dia cepat habis berbanding sabun and dy cream. Harga as per below:

Night cream: RM35
Day cream: RM30
Sabun: RM20

Tapi for those yang baru nak try, better try for the trial set first, kalau tak sesuai pun tak rasa rugi sangat. Ouh by the way, Ameyra Beauty dah dapat kelulusan KKM ye. Set Ameyra Beauty ni sebenarnya adalah untuk:

- MENGHILANGKAN JERAWAT/PARUT/PIGMENTASI/STRETCHMARKS DAN CELA
- MENCERAHKAN KULIT YG KUSAM/GELAP TERMASUK BAHAGIAN BADAN
- MENYAMARATAKAN TONA KULIT
- MENGHILANGKAN HITAM DI BAHAGIAN KETIAK DAN PEHA
- MENGHILANGKAN MINYAK BERLEBIHAN
- MEMBUATKAN WAJAH LEBIH PUTIH/FLAWLESS
- MELICINKAN KULIT
- MEMUDARKAN JERAGAT

Aku tak berani nak bagi review banyak sangat tentang produk ini sebab aku tak ada masalah kulit sangat, masalah aku hanyalah kulit kusam, tona kulit tak sekata, jeragat and setakat ini aku puas hati dengan apa yang aku ada sebab memang muka aku nampak lebih bertenaga lepas pakai produk ini. Gambar kat bawah ni semua adalah no filter and no make up.



Cara nak beli memang banyak, ada jual di kedai-kedai terpilih dan ada juga dijual online, cari je hashtag AmeyraBeauty and u will found it dan memang berlambak dah agent yang jual di serata Malaysia even in a set or loose item. Sesiapa nak beli dengan aku pun boleh, just send me an email ainothman10@gmail.com. In Shaa Allah kita cantik bersama-sama okay?

Till next time,
ainO

No comments:

Post a Comment