Saturday 12 July 2014

KAEDAH/TIPS MENGHILANGKAN JERAGAT

As salam.

Hari ini kau nak pos pasal kecantikan. Suka benar aku stalk page pasal kecantikan ini. Aku dapat ilmu, anda juga dapat ilmu kan.
Few days ago, bila bosan-bosan dekat office, aku pun stalk cara nak menyahkan jeragat daripada muka. Memang setahu aku, jeragat ini mostly untuk someone yang umur 45 tahun ke atas tapi who knows kan, kita yang muda-muda ni pun ada juga jeragatnya tapi tidak terlalu ketara atau gelap lagi. Macam orang kata, better mencegah dari mengubati betul tak.

Totinx.com

Tips Menghilangkan jeragat

Link di atas adalah salah satu blog kecantikan yang aku jumpa hari itu yang sangat-sangat membantu semua orang. Walaupun pos yang dia up tu bertarikh 2010 ke 2011 agaknya, tapi still berguna bagi aku. Kaedah dia bagi bukanlah kaedah tradisional ataupun produc kecantikan yang berlambak-lambak sekarang, tetapi kaedah dia adalah kaedah menggunakan ubat yang selamat yang dijual dia farmasi-farmasi Malaysia. seperti kata dia, benda tu takkan bahaya kalau cara kita pakai tu betul dan tepat. Jangan mengada nak pakai sekali banyak konon nak cantik cepat, and lastly hasil dia lebih teruk. Selain daripada jeragat dan bintik-bintik hitam dimuka, ubat-ubat saranan dia juga boleh digunakan untuk celeh kelangkang dan juga under arms.



Seperti kata Doktor ni, if lah farmasi di Malaysia atau tempat kita pergi tak ada skin bleaching cream as per above atau yang disyorkan oleh dia macam Refaquin, Solaquin or etc, boleh je kalau kita nak beli jenama lain cuma pastikan Hydroquin dalam kandungan ubat tersebut hanya 2% dan bukan lebih kerana nanti akan memudaratkan.

Bila aku search dekat internet tentang most of the skin bleaching cream ni, tiba-tiba ada jumpa artikel yang pasal produk kecantikan kera rampas dek KKM sebab tak mengikut piawaian. sebab dirampas adalah kerana mengandungi Hydroquin yang tinggi dalam kandungan produk tersebut. So aku baru tahu yang hydroquin ni memang cepat dapat memutihkan wajah, sebab tu ada je orang kata Tabita lah, itu lah ini lah cepat memutihkan sebab kandungan hydroquin yang tinggi dan memudaratkan di masa akan datang. Kira kulit muka akan menipis dan pantang kena matahari dah macam udang atas bara. Itu dari apa yang aku baca dan bukan atas pengalaman sendiri.

Kalau guna ubat-ubatan ni pula, tempoh hilangnya kesan-kesan hitam tu dalam masa 6 bulan juga lah kalau nak clear betul and kalau dah okay, better jangan pakai lagi sebab takut ada side effect dan ini juga tak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan.

Anda kalau rajin, singgah lah blog dia. Memang banya info yang you alls boleh dapat pasal kecantikan dan kesihatan juga. She's pretty too! tak sangka dia seorang doktor sebenarnya haha

Till next time~
ainO





No comments:

Post a Comment