Saturday 28 June 2014

REVIEW | SAFI RANIA GOLD

Salam.

Lately aku baru sahaja bertukar kepada skincare baru. Sebelum guna skincare ini, aku gunakan produk ANEW dari AVON yang warna pink dan sebelum aku guna Avon ni aku memang tak de guna skincare yang commercial cuma sabun beras je, tapi makin lama muka aku makin kusam. So dengan rasa tak boleh tunggu lagi aku pakai la produk avon ni. Tetapi malangnya produk itu tak sesuai untuk aku sebab minggu pertama guna memang ada tindak balas iaitu jerawat mula naik, minggu kedua jerawat minggu pertama tadi hilang tapi naik di kawasan lain pula. So means aku memang agak tak sesuai dengan produk itu dan bila pakai night and day cream pun aku rasa muka sangat berminyak. Tak ada apa perubahan juga yang berlaku pada muka, jadi aku ambil keputusan untuk menukar skincare.

Avon ANEW Vitale untuk remaja
 Selepas guna produk avon ini, aku pakai balik sekejap sabun beras yang aku beli dari Rantau Panjang. Sebelum aku pakai ANEW ini, aku pakai je sabun beras itu tapi takdelah seteruk selepas aku pakai ANEW ini. Kesan dia bila aku guna sabun beras ini, muka aku kering gila. Bahagian pipi bawah mata, tepi bibir, atas hidung. Memang sedih gila muka aku. So aku tengoklah review pasal Safi Rania Gold ni, sebab budak rumah aku ada pakai juga and umur dia 20-an juga. Tak semestinya 30-an baru boleh guna kan.

Mosturizer Cleanser
Produk Rania Gold pertama yang beli, kos lebih kurang RM13.90 di Watson. Memang terbaik pencuci muka ni selepas kau pakai seminggu. Semua kering-kering dah tak ada. Muka pun kenyal-kenyal je rasa kan.
Toner
 Second aku beli Toner, bau air mawar. Katanya boleh mengecilkan pori-pori di muka. Baru saja dua hari guna masa aku update post ni. So nanti aku akan update selanjutnya,
Mosturizer day cream
 Krim siang. Memang bagus pakai sebab bila dah pakai memang muka tak rasa berminyak langsung. Memang totally awesome gila. Sebab produk sebelum ni selepas pakai muka memang nampak sungguh berminyak.
Mosturizer Night Cream
 Krim malam. Best juga. Sama macam krim siang. Tak berminyak.

Scrub
 Scrub ni aku beli sama dengan krim malam. Harga dalam RM10++. Pakai 2 kali seminggu macam itu dah okay untuk mengeluarkan sel-sel mati. Aku sapu juga bawah lengan hewhewhew
Beauty cream
Krim kecantikan ni aku beli satu set dengan toner and krim siang sekali. Sekotak RM38.80. Krim kecantikan ini tak sesuai untuk aku aku rasa sebab bercapuk bila pakai. Sedangkan krim ni boleh dijadikan asas solekan atau foundation but not for me kot. Aku akan pakai tapi bukan bila nak keluar, duk umah je boleh lah kot, nak glowing-glowing katanya.


Overall, setakat ini aku memang serasi dengan produk ini. Tapi dari produk first aku beli baru je dalam seminggu aku pakai. Tapi memang puas hati sebab muka makin lembap-lembap je tak kering sangat, take mengelupas semua. Muka rasa anjal, kenyal-kenyal and lembap je. Tak kering and tak de nampak layu je muka kan.

Sini aku senaraikan harga dia untuk sesiapa yang baru sahaja nak try and nak buat review produk ni,

1.) Mosturizer cleanser RM13.90 (Watson)
2.) Mosturizer Night Cream RM 21.90 (sale kat Watson)
3.) Scrub RM 10.90 (Watson)
4.) Toner, Mosturizer Day Cream and Beauty Cream RM38.80 (Farmasi)

Insya Allah aku try update selanjutnya tentang produk ini pasal muka aku. Ada juga terbaca review lain katanya jangan pakai apa-apa bedak or foundation sepanjang first month pakai skincare baru, baru boleh nampak keberkesanannya. Disebabkan itu lah aku cuba pakai asas solekan beauty cream itu tetapi memang bercapuk muka den. So memang out. For temporary ini aku pakai je lah eyeliner and lipstick je. Ada satu lagi produk nya aku nak kena beli, serum. Mahal sikit. Dalam RM28++ aku tengok kat Watson aritu. So nanti tunggu lah aku guna produk-produk ni kalau okay nanti aku beli serum sekali.

Ada juga baca tips-tips kata pakai skincare ni memang ada tindak balas negatif pada awal penggunaan contoh macam paling femes jerawat, kulit kering dan sebagainya. Selamat mencuba!

Selamat Berpuasa~!

Till next time!
Ain O

No comments:

Post a Comment