The Owner

A new blog with a new experience and a new life.


Previous blog, http://ainonono.blogspot.com/ have some major problems which effected to all pages and I don't think we can continue to used it.

Salam kalian,
The owner, Ain Othman. Seorang gadis dari kebiasaan yang kini bergelar ibu yang bukan inginkan pengikut tegar tetapi sekadar ingin bercerita di dalam diari alam maya. 
Menulis menggunakan tangan bukan senang baginya dan bukan mudah untuk melekat gambar dalam diari juga. Jadi biarlah laman ini menjadi bukti cerita indah dan duka hidupnya.
Seorang gadis yang kini bergelar ibu dari zaman 90-an dan masih mencongak bilangan usianya hari demi hari. Menumpang kasih dengan seorang ibu yang semakin dimamah usia juga menumpang kasih dengan si teruna yang kini seorang bapa.
Mencari rezeki di perantauan dan bekerja di lokasi bandar tersibuk di negara.
Seorang yang pemalu dahulunya tetapi membiasakan diri dengan pantas dan bisa menjadi kawan pendengar yang teratas.

Kehidupan biasa yang memiliki hanya sebilangan kecil kawan yang dulunya bilangan besar.
Menagih cinta dari si teruna yang kini bergelar suaminya dari umurnya masih belasan sehingga puluhan.
Bukan seorang yang punyai banyak masa untuk diari alam mayanya, sekadar mengisi masa luang tetapi masih lagi menjadi tempat gadis ini meluahkan rasa cinta, suka dan dukanya.
Memiliki kehidupan dan dunia kawan-kawan yang gembira. Tetapi sekadar dahulu, dimana kini semakin sibuk dengan urusan kerja dan kawan-kawan juga semakin dilupa.
Maksud lupa bukan kerana sengaja tetapi tanggungjawab.



Tapi setahun sekali baru di update blognya! haha

No comments:

Post a Comment