Saturday, 3 August 2019

Macam Mana Cara Nak Pilih Pencuci Muka | How to Choose Facial Cleanser

Hey guys! Welcome back to my blog! Again hari-hari rasa nak buat Vlog tapi muka tak cantik. So now kena banyak and rajin guna skincare lah baru boleh cantikkan muka, so nanti baru boleh tayang muka dekat Vlog. Gitewww

Basically today aku nak share pasal facial cleanser. Once upon a time ago, aku pakai je semua jenis cleanser yang di claim bagus, mencantikkan, memulihkan, oil skin and etc... Sedangkan aku baru sedar yang aku sebenarnya DRY SKIN! Sebab apa aku kata aku is dry skin?

I made a test to my own skin, cara ni aku dapat from blog Iman Abdul Rahim, lepas mandi basuh muka semua tu jangan letak apa-apa dekat muka, biar je. Lepas 2 jam ada rasa tegang? Rasa kering? Ataupun tiba-tiba muka dah berminyak? So itu lah type muka u ols! Or korang buat tissue test macam gambar bawah ni okay!


Ataupon kalau nak ketahui type muka korang guna machine yang konon memang itu lah type muka korang, korang juga boleh pergi AEON Wellnes untuk ketahui dengan lebih tepat. Boleh check dalam website AEON Wellness mana yang ada Beauty Check ni. Aku tak pernah try lagi tapi rasanya weekend ni nak pergi la so baru boleh buktikan secara benar-benar terbukti yang skin aku ni type apa kan.


Basically aku nak cerita pasal Facial Cleanser. Kan muka kita ni sebenarnya lebih bagus kalau dapat guna low ph cleanser. Yang ni pulak aku dapat ilmu dari Bye Pana punya FB. Memang bermanfaat dan senang nak faham segala apa yang dia beritahu. Less words, more images. Kenapa mesti muka kita guna low pH cleanser? Ini adalah sebab kulit kita ni average pH 4-6 je, so lebih bagus kalau kita pakai cleanser yang lebih kurang dengan kulit kita punya pH kan. Ehh ! Cleanser korang adalah antara cleanser yang tak tersenarai dalam low pH cleanser?!


Fret not sis! Kalau u ols da beli pencuci muka mahal-mahal tu tapi tak low pH, pakai je tapi make sure lepas tu pakai toner okay sebab toner tu fungsi dia adalah untuk mengembalikan pH muka korang yang da tinggi sebab currect cleanser korang ke tahap pH yang normal kembali. Itu lah fungsi original toner tu. So kalau korang dah pakai cleanser yang los pH, korang tak pakai toner pon takde masalah. Tak payah nak bazir-bazir duit add toner dalam skincare routine kan. Tapi aku pakai je hydrating toner sebab muka i ols kering! Wuuuuuu!


Im using this toner now sebab toner ni ada Arbutin for whitening juga

Kalau u ols punya pencuci muka dah habis and plan to buy new one, make sure korang buat research dulu cleanser yang mana adalah more suitable untuk skin type korang okay. Example benda yang kita perlu utamakan adalah seperti ingredients, low pH ke tak, gentle ke tak and etc...
Selalunya ingredient yang kurang bagus yang ada salam cleanser is SLS, alcohol, and fragrance. Contoh cleanser yang ada SLS. Korang boleh tonton video tentang SLS and Cetaphil kat sini.



So u ols jangan la pakai pilih cleanser yang famous, terus grab tanpa membaca review, ingredient and so on. Kalau korang tak reti nak baca ingredient, try google je and kadang-kadang i ols sendiri tak reti i akan google macam ni "Cleanser yang bagus Iman". Kenapa ada nama Iman belakang tu? Itu adaah Iman Abdul Rahim HAHAHA dalam blog dia ada banyak isi atau details tentang sesuatu benda dalam skincare yang aku nak tahu. So memang aku selalu jadikan dia sebagai penunjuk atau reviewer aku and paling penting bahasa dia sangat mudah difahami ye. Itu yang paling penting.

Kat bawah ni aku bagi contoh sekali low pH cleanser untuk tatapan umum.



Click to shop:
shopee.com.my/ainothman

Till next time!

Friday, 2 August 2019

Pengalaman Aku Tentang Sunscreen/Sunblock Setakat Ini

 Hi guys! I'm back! 

Hari ini aku nak cerita pasal sunscreen pulak. Aku rasa aku agak menderita daripada kekeringan muka lately dan aku rasa lah kan, ini adalah sebabkan sunscreen yang aku pakai yang mengandungi alkohol. Well aku pakai sunscreen murah je so hadap lah kan dengan segala negativity yang timbul. Sesuai lah dengan harga. But somehow benda ni tak appear dekat semua orang sebab ada je yang aku kenal sesuai pakai sunscreen ni, mungkin dia tak dry skin, dia tak alah pada alcohol and so on.

Aku pakai sunscreen Biore macam yang kat bawah ni

Around RM16.++ kat Watson
Skincarisma.com

                                     

Around RM24 kat Watson


Botol kuning tu adalah botol kedua aku which masa first aku pakai no issue and aku agak happy la sebab dah lah murah, okay plak pada aku so teruskan je la. So bila dah masuk botol kedua ni aku rasa macam something wrong somewhere and aku tak jumpa punca. Sama juga dengan botol biru. Itu yang dah kira botol ketiga aku sebab dulu-dulu aku pakai botol biru sangat lah perfect, muka nampak glowing je lepas pakai. Macam mana aku boleh jumpa masalah ni?

Pertama, bila aku nak solat aku wipe segala apa yang ada kat muka aku guna Micellar water Garnier Pink which yang ni tak pernah bagi masalah kat aku seumur hidup aku pakai tapi now, bila aku wipe lepas tu aku rasa muka aku ketat sangat sangat sangat macam kering gila. Aku macam pelik takkan la sebab Micellar water ni pulak yang menyebabkan muka aku kering gila.


Previously before aku repurchase Micellar water ni, aku pakai Nutox Micellar Water, plus Nutox ni siap ada Lactic Acid dalam dia which mana yang tahu, Lactic Acid tu bagus untuk orang yang Dry skin. 'Basically, lactic acid helps to keep the skin moisturized and feeling less dry. When you use lactic acid regularly, it can also improve signs of aging. It stimulates collagen renewal and can firm your skin. Hyperpigmentation (AKA sun spots or age spots) fade and fine lines and wrinkles soften and smooth out.' 


So aku memang pelik gila dengan apa yang terjadi and now aku macam tengah lelong Micellar water aku tu, aku aku patut tarik balik hahahha Btw siapa ada plan nak beli pikir dulu k sebab pahit kalau kena kat bibir mungkin sebab ingredient dia lactic acid.


Aku beli RM14 kat Shopee masa tengah sale. 

So basically masa aku pergi klinik, Doctor bagi aku Sunscreen from EGO Sunsense Sensitive Light PA++++ SPF50+. Apa benda +++ tu? Itu pun ada cerita dia sendiri betapa pentingnya +++ tu pada sunblock korang.  
Aku nak review sikit pasal EGo ni, actualy today 1st day aku pakai Ego ni and aku rasa sunblock ni sangatlah greasy and melekit kat muka aku. Susah nak blend and bla bla bla senang cerita memang aku malas betul nak pakai, tapi memandangkan nak tunggu payment masuk baru beli yang baru, gigihkan jua okay! EGO ni mengandungi Niacinamide which is a good thing sebab aku sangat lah suka semua produk aku ada ingredient ni HAHA. Tapi, will I purchase? Emm nope! 





Next nanti aku ceritakan pasal apa beza satu + and banyak ++++. 

Till next time!

Thursday, 1 August 2019

[REVIEW 2] Kenapa Aku Menyesal Beli Chocofit Kotak Kedua

Hey guys!

Welcome back to my blog! E eh macam Vlog pulak. Nak buat vlog tapi takde keyakinan macam mana? Ke boleh buat vlog tapi tak tunjuk muka? Gitewww

First of all, aku sebenarnya nak sambung review tentang Chocofit hari tu yang aku kata nak repurchase tu kan. Yes guys, aku repurchase buat kali kedua sebab aku rasa chocofit ni membantu dari segi kurangkan nafsu makan aku. Kotak pertama yang aku makan memang daaabommbb la aku boleh kata yang memang dia mengurangkan dan berjaya untuk buat aku tak lalu makan. Well as you know lepas apa produk yang kantoi ada dalam tu, aku macam ouhh patut la u ols. HAHAHA But aku still degil and beli juga (now dah menyesal sikit), pardon me.

Masih berbaki ye

Why aku kata aku menyesal sikit? Sebab aku hanya minum few sachet and aku dah stop minum. Emm sebab aku rasa Chocofit kali ni takde bagi apa-apa kelebihan pada aku. Bukan lah maksud aku macam nak suruh dorang letak produk haram tu banyak-banyak but what I mean is ye lah kau beli produk yang claim very da bomb tapi at last lepas ko repurchase again with the new price yang dah naik tu, ko get nothing compare to the 1st batch yang ko beli. So definitely lah memang produk ni ada bahan yang 'haram' tu i guess. I GUESS je okay sebab KKM pun da haramkan kan, so pada yang nak try make sure korang pikir dulu kehendak diri macam mana adakah perlu dan selamat untuk diri sendiri sebab kalau korang ada penyakit pelik-pelik, nanti side effect lain pulak. Macam aku sekarang alhamdulillah aku takde penyakit apa-apa lagi (touchwood!), so aku okay je kot minum cuma second purchase aku ni , aku tak rasa macam yang aku rasa from 1st purchase aku. Aku harap korang paham lah apa aku nak sampaikan ni, bukan bermaksud aku nak benda tu to be in this product but aku nakkan result and i thought Chocofit ni adalah da bomb but end up sama je u ols dengan produk lain.

So ini adalah review JUJUR dan IKHLAS aku. Tepuk dada, tanya selera okayy!



Till next time.

Tuesday, 14 May 2019

Part 1: Tips and trip to HatYai by ETS

Salam guys!

Memandangkan tengah rajin, so better aku start to update my recent trip on last early April.

We travel to Hatyai by ETS! From KL Sentral - Padang Besar - Hatyai.

Starts with naik ETS pada pukul 11.30pm dekat KL Sentral, and reach Padang Besar Station pada pukul 5.30am. 
Masa tiket pergi, aku beli walk in dekat KL Sentral. Amek ETS last ke Padang Besar pada hari Khamis. Harga sekepala, RM94. Bawah 2 tahun free jee. 
Untuk tiket balik, aku beli online dekat KTMB. Mudah sangat cara nak beli takpayah walk in pun takpe. Tapi yang penting korang tau mana seat yang korang nak beli sebab masa pergi, train akan jalan ke arah Utara, and masa balik train akan jalan ke arah Selatan. Sat gi hang pening kalau lawan arah kang. 
Masa aku pergi, aku duduk coach B, seat 10A and 10B. Masa balik pula duduk dekat Coach D, 8A and 8B. Tapi next time kalau ada anak nak sebaya anak kau 1,7 years ni, kalau boleh aku nak book extra seat jugak. Berebut nak duduk atas kerusi sekali. 

Ni dah ada blog yang rajin updatekan mana menghadap Utara dan Selatan. Korang kaji sendiri okay
Kitaorang sampai KL Sentral agak awal, dalam 9 lebih dah sampai konon nak makan apa semua dulu. Nasib lah lepas makan tak tunggu lama. Tapi FYI, gate hanya akan buka memang ngam-ngam waktu bertolak. 

Masing-masing tengah tunggu depan gate

Onboarding haha

Agak lama nak tunggu semua orang kat depan tu duduk tempat masing-masing sebab nak letak bag kat atas semua

In the train!

Bermula lah episod kami bergerak menuju ke station Padang Besar, sepanjang perjalanan lampu di dalam ETS tak akan ditutup. So takde  nak tidur malap-malap ke apa ke okay. Tidur la hangpa semua dalam terang-terangan tu. Dah la masa dalam perjalanan tu ada segroup boys duduk depan kitaorang, borak macam lepak mamak. Habis semua cerita dorang kitorang tau. Sampai dalam pukul 2 lbh pagi baru masing-masing nak tidur. Dah lah anak i ols ni payah naa nak tidurnya kalau dalam terang ni, so tak tidur lah maknya sekali. Stress okay i ols dengan anak dara I tu. Nasib paginya bawak ke malam kepala tak pening, dah standby panadol siap-siap just incase pening. Taknak la sebab pening, terus boring je nak jalan kan.

So tepat 5.30am sampai la ETS kami kat Station Padang Besar. 

This is situation where tengah beratur tunggu pintu ke imigresen sempadan Malaysia buka. Dalam pukul 6am baru buka.
 Turun ETS tingkat bawah, naik je tingkat satu ramai gila orang yang baru turun ETS semua sedang tunggu. They might wait for two options, train Padang Besar to Hatyai (RM9 duit Msia) or van to Hatyai (RM25).
Kitorang taknak membazir masa tunggu keretapi Hatyai yang hanya akan jalan pukul 9am, so kitorang naik van. Lari bajet sikit la sebab bajet nak naik train HY tu je. Tapi takpelah, tak bazir masa kot kan. Lepas gate nak ke imigresen buka, jalan agak jauh jugak lah nak ke imigresen Malaysia tu, sape bawa stroller and beg tarik ke memang kena struggle sikit kena turun tangga sume. Agak mengah jugak la.
Lepas je cop  kat imigresen Malaysia, terus jalan straight lagi untuk ke tempat tunggu van
 Lepas cop dengan Imigresen Malaysia, jalan lagi kedepan sanaaaa sampai lah dekat signboard HY ni. Kat sini tempat abang van tu suruh berkumpul and tunggu van semua sampai. Just tell them you hotel kat mana, sorang akan drop korang kat hotel or mana-mana tempat korang nak pergi.
Perjalanan dari sempadan ke bandar HY mengambil masa satu jam jugak lah.
Kami dalam van, sharing dengan satu geng yang turun dekat2 dengan kami.


Imigresen Thailand. Before naik van abang van minta kami RM1 sorang. Cukai apa ntah katanya. So kat sini beratur lama juga tunggu turn. Uncle van tunggu sampai kami siap. Tempat ni nearby imigresen Malaysia jugak.

Ni dah dalam Hotel! Welcom to Hatyai!




Later I sambung k. 

Till next time

[REVIEW 1] Chocofit

Salam guys.

Aku nak review tentang Chocofit. anyone heard it before? Kalau korang confuse produk manakah itu, please view it here. Sangat famous ye produk ni sekarang, obviously untuk sesiapa yang nak kurus lah kan sebab produk ini pun digunakan oleh Zulin.


Seriously aku pernah minum ni sekotak sahaja sebab lepas itu sudah bulan puasa dan aku malas nak purchase lagi. Perasaan aku bila minum ni agak bercampur baur, adakah aku rasa kurang lapar sebab mind set sendiri atau adakah aku memang kurang rasa lapar tengahari sebab produk ini?

Rasa dia memang sedap, kira kalau kau nak minum 2 kali sehari pon memang kau boleh minum lah sebab rasa dia ala-ala chocolaty taste. Bila kau minum habis, last-last tu ko akan rasa macam ko minum habuk-habuk yang aku pun taktahu la apa benda tu. But for me, sepanjang aku minum benda ni memang seriously aku memang rasa kurang lapar. sebab tu aku kata adakah aku keliru dengan diri aku sendiri? Mind set aku sendiri?

Aku tak boleh nak cakap berat aku turun sebab aku minum Chocofit ini sahaja sebab aku memang tengah consume ubat klinik yang aku rasa lagi power (aku akan update pasal ni later), cuma apa aku boleh kata, kalau aku yang dahulunya memang tak boleh kalau tak breakfast tapi bila ada Chocofit ni, pagi-pagi kalau tak sempat breakfast aku minum ni sahaja, aku tak rasa lapar yang sangat-sangat lapar sampai berkeroncong pon. Again, adakah sebab Chocofit atau diri aku sendiri? Allahualam.

Selain dari Chocofit, mereka pun ada pakej jual Lemonfit. Aku rasa this is just a normal detox tea yang bersepah kat luar tu. Nak murah just go to Guardian tu ada jual detox Natural Clenx tea. 10 Sachet for RM16 diap free tipuware. So tepuk dada tanya selera okay.


Tapi, tak rugi pon kalau korang nak try sebab rasa dia sedappp. Tapi harga dia dah naik jugak hahahha

So, will I repurchase?
Absolutely YES!


Till next time.