Memandangkan tengah rajin, so better aku start to update my recent trip on last early April.
We travel to Hatyai by ETS! From KL Sentral - Padang Besar - Hatyai.
Starts with naik ETS pada pukul 11.30pm dekat KL Sentral, and reach Padang Besar Station pada pukul 5.30am.
Masa tiket pergi, aku beli walk in dekat KL Sentral. Amek ETS last ke Padang Besar pada hari Khamis. Harga sekepala, RM94. Bawah 2 tahun free jee.
Untuk tiket balik, aku beli online dekat KTMB. Mudah sangat cara nak beli takpayah walk in pun takpe. Tapi yang penting korang tau mana seat yang korang nak beli sebab masa pergi, train akan jalan ke arah Utara, and masa balik train akan jalan ke arah Selatan. Sat gi hang pening kalau lawan arah kang.
Masa aku pergi, aku duduk coach B, seat 10A and 10B. Masa balik pula duduk dekat Coach D, 8A and 8B. Tapi next time kalau ada anak nak sebaya anak kau 1,7 years ni, kalau boleh aku nak book extra seat jugak. Berebut nak duduk atas kerusi sekali.
Ni dah ada blog yang rajin updatekan mana menghadap Utara dan Selatan. Korang kaji sendiri okay |
Kitaorang sampai KL Sentral agak awal, dalam 9 lebih dah sampai konon nak makan apa semua dulu. Nasib lah lepas makan tak tunggu lama. Tapi FYI, gate hanya akan buka memang ngam-ngam waktu bertolak.
Masing-masing tengah tunggu depan gate |
Onboarding haha |
Agak lama nak tunggu semua orang kat depan tu duduk tempat masing-masing sebab nak letak bag kat atas semua |
In the train! |
Bermula lah episod kami bergerak menuju ke station Padang Besar, sepanjang perjalanan lampu di dalam ETS tak akan ditutup. So takde nak tidur malap-malap ke apa ke okay. Tidur la hangpa semua dalam terang-terangan tu. Dah la masa dalam perjalanan tu ada segroup boys duduk depan kitaorang, borak macam lepak mamak. Habis semua cerita dorang kitorang tau. Sampai dalam pukul 2 lbh pagi baru masing-masing nak tidur. Dah lah anak i ols ni payah naa nak tidurnya kalau dalam terang ni, so tak tidur lah maknya sekali. Stress okay i ols dengan anak dara I tu. Nasib paginya bawak ke malam kepala tak pening, dah standby panadol siap-siap just incase pening. Taknak la sebab pening, terus boring je nak jalan kan.
So tepat 5.30am sampai la ETS kami kat Station Padang Besar.
This is situation where tengah beratur tunggu pintu ke imigresen sempadan Malaysia buka. Dalam pukul 6am baru buka. |
Kitorang taknak membazir masa tunggu keretapi Hatyai yang hanya akan jalan pukul 9am, so kitorang naik van. Lari bajet sikit la sebab bajet nak naik train HY tu je. Tapi takpelah, tak bazir masa kot kan. Lepas gate nak ke imigresen buka, jalan agak jauh jugak lah nak ke imigresen Malaysia tu, sape bawa stroller and beg tarik ke memang kena struggle sikit kena turun tangga sume. Agak mengah jugak la.
Lepas je cop kat imigresen Malaysia, terus jalan straight lagi untuk ke tempat tunggu van |
Kami dalam van, sharing dengan satu geng yang turun dekat2 dengan kami. |
Ni dah dalam Hotel! Welcom to Hatyai! |
Later I sambung k.
No comments:
Post a Comment