Monday 22 August 2016

Trip to Sabah Day 1 : Kota Kinabalu

As'salam folks.
Kalau benda tak best memang tak la nak post ke sini kan.
Nak dijadikan cerita, aku baru sahaja selamat dinikahkan dengan pasangan pada 5 Aug 2016 yang lepas. So reward dia, trip to Sabah laaa haha



Berangkat ke Kota Kinabalu dari airport Senai, flight 2:35pm. Sampai KK tepat pada 4:48pm. Sampai je KK airport terus ambil Uber pergi tempat kami stay for 3 night. Dekat sini Uber baru sahaja di perkenalkan, so daripada aku naik teksi baik naik Uber, charge Uber dari airport ke Promenade Service Apartment baru RM8.88 instead of tekse boleh cecah RM30. Bila dah naik Uber tu and borak-borak rupanya mamat tu orang KL, kerja di KK dah 7 tahun dengan Petronas. So adalah jugak tips and trick dia bagi. So you alls, biasa-biasakanlah booking Uber daripada teksi di KK ni ye, murah pun murah.





Check in kat service apartment ni mula-mula macam ragu-ragu juga apasal gelap je kawasan ni kan, tapi reception dia okay. Rupanya bilik kitorang dekat kawasan residence. Boleh lah try satu malam dulu kalau ada banyak cerita cari hotel lain lah tapi try satu malam alhamdulillah okay.




So bila lepas check in, lepaskan maghrib dulu terus kami berjalan kaki sejauh 2.4km ke Todak Waterfront. On the way ke situ memang akan lalu Pasar Philippine, pasar kraftangan, pasar basah, pasar buah dan juga pasar ikan masin. Memang sambil lalu sambil cuci mata lah. 






Sampai je dekat Todak Waterfront tu kami pilih kedai yang di recommend kan dalam blog which is kedai jawa. Kat mana-mana  jawa rupanya ya. Tagline dia Once Jawa, forever jawa. Total kami makam malam itu RM75, ada udang masak butter, baby lobster masak telur masin, sotong tepung dan juga kerapu lada. Yang best and terbaik only kerapu lada and udang butter. For me sotong tepung tu sedap lagi dekat Umbai. Tapi tak tahu la mungkin lain kedai lain cara masaknya. Tapi kerapu lada and udang butter terbaik tokkk. Cakap tentang baby lobster, kita orang makan sikit je sebab macam hanyir. Mungkin selalu sangat main dengan lumpur terus tinggal gitu je, nasib baik sepinggan siap masak RM15 je.



Baby lobster. Tak sedap pada aku.



Lepas je makan dekat Todak Waterfront kitorang jalan balik sambil lalu Pasar Philippine tengok pearl. Kalau bracelet pearl air masin RM25. Pada aku okay dah tapi partner kata nanti-nanti lah dulu lama lagi kat sini kan. Okay fine. Nak dijadikan cerita, geng unisel kitorang dulu pun duduk kat KK ni terus ajak lepak. Dapat lah pusing satu KK bagai kan. Siap dapat beli rokok piang lagi.



Esoknya kami nak ke Kundasang, nak jumpa lembu.

Till next post,
A O

No comments:

Post a Comment