Saturday 27 December 2014

Kisah Indie, Peminat dan Puisi

As'salam.

Bila bercakap tentang puisi, yes aku memang minat puisi, aku suka menulis aku suka mendengar dan aku cuba untuk terjebak dalam puisi. Tapi itu hanya sekadar suka-suka, bukan atas alasan untuk jadi indie poetry. When we talk about puisi, aku sukakan puisi jalanan, puisi yang bukan commercial, atas sebab mungkin itu lebih kena dengan jiwa aku, seorang yang masih muda dan seorang bekas rebel dan mungkin masih. Perhaps.

Antara poetry bebas yang aku minat, siapa tak kenal Fynn Jamal, antara celebrity yang sedang meningkat naik, orang macam aku tak kenal dia as Mummy Juna, penyanyi Arjuna Beta, biras Atita Haris atau English teacher, aku kenal dia as seorang puitis jalanan, yang nampak rebel orangnya, seorang yang bersuara tinggi, seorang yang bebas membicarakan apa yang dia rasa. Dia memang semakin popular, apatah lagi anak bujangnya, Bakti Arjuna Fitri. Si kecil yang dah viral ke seluruh Malaysia, Juna pernah menghidap penyakit something yang berkait dengan paru/jantung, arghh aku tak ingat. Sejak dari itu Fynn Jamal kembali viral dan semasa Fynn Jamal kembali glamour, aku berfikir, sejak bila Fynn Jamal mengadung? Adakah aku yang dah tak update atau eyhh tak tahu lah. Kau mahu tahu kisah? Sila search, keyboard warrior sedia membantu. Bakti Arjuna Fitri, si kecil yang indah dan sayup hati bila melihat paras rupanya sambil hati berkata, indah ciptaan Tuhan. Masya Allah.



Berbalik pada cerita puisi, bagi aku puisi itu indah, Serangkap kata sarcastic yang kau kena baca dua kali baru kau mengerti, ouh inikah puisi? Bukan bermakna kau nak minat puisi kau kena minat pada A.Samad Said. Tidak, cukup kau tahu apa itu puisi dan bila kau minat puisi tak bermakna kau kena buat puisi. Cukup sekadar jadi seorang poetry untuk diri sendiri dan tak perlulah kau viralkan sebab kau pun tahu, puisi kau tak best pong. :)

Buku pertama yang aku miliki tentang puisi, Langit Vanila by Wani Ardy. Aku mungkin kadangkala kurang faham maksud tersirat, jadi bacalah kau kali kedua ye. Masa itu, aku paling gila kan buku Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin. Tulisan dia bagaikan jiwa kau yang kau tak dapat nak luahkan. Memang betul-betul tepek kat dahi kau. Tulisan kedua dia, Bibir Ceri Melati masih belum aku miliki. One day maybe. Selain itu, ada juga beberapa buku yang dah aku miliki, Sofa Biru by Nadhira Brundage, Rahsia 2 Pria by Adi Wafi and Mosyuki Borhan, Tangerin & Nikotin by Mimi Morticia, Cinta Dramatik Melawan Graviti by Mimi Morticia juga, seorang doktor. Aku sedang mencari sebuah buku yang dikatakan rare, Utopia Trauma by Rahmat Harun. Buku itu viral pada tahun 2008 dan kini sunyi sepi. Buku utama yang di popularkan oleh Kami The Movie, sebab itu masa itu tengah viral. Kalau korang rasa korang tahu mana nak dapat buku ni, please please please let me know. (ainothman10@gmail.com)






Aku mahuka ini

Bila kau lihat aku, bukan seperti seorang indie atau seorang orang yang fanatik akan puisi, tapi kau akan kenal aku bila aku betul-betul adalah aku yang kau kenal. Bukan bermakna kau lihat aku seperti biasa-biasa dan kau katakan aku memang biasa, yaa aku memang biasa, tak punya wang berjuta, tak punya barang yang mewah, laptop pun company punya, tetapi aku punya jiwa dan impian. Aku punya keinginan yang aku pasti akan capai suatu hari nanti. Tiada siapa tahu dimana takdir aku, tapi hanya Dia.


# Cakap tentang kisah Fynn Jamal yang dah viral, ramai pandang baik dan buruk pada dia. Pada aku, korang nak fanatik sangat atau nak mengidolakan sangat, it's up to you guys. Aku minat dia sebab dia seorang puitis dan seorang celebrity, bukan sebab dia Fynn Jamal. Jadi silent fans sudahhh *bersurai*

Till next time
ainO

No comments:

Post a Comment