Saturday 27 December 2014

SEKSI OVARI : Tinggal-tinggalkan


Di tinggalkan
boxer biru petak-petak
Marlboro soft pack
yang sudah tinggal kotak.

Dia tinggalkan
air liur basi
Daki-daki
dan haruman Burberry

Dia tinggalkan bisikan puisi rumi
Sebelum kita sama-sama beraksi
Dengan Tuhan sebagai saksi

Dia tinggalkan cecair putih pekat
Bulat-bulat
Berbau hanyir likat

Dia tinggalkan dengan pelukan
Juga ciuman
Sambil tangan berkeliaran

Dia tinggalkan aku sendiri
Dan janji untuk hadir lagi
Selepas selesaikan anak bini

Dia tinggalkan aku di sini
Di kamar sepi
Entah mahu senyum atau nangis lagi
-Fazleena Hishamuddin-

No comments:

Post a Comment