Sunday 29 June 2014

SAHABAT

Bila minda mula melayang,
Tentang cara hidup,
Tentang aku,
Kau,
Dia
Dan mereka.

Mula hati resah gelisah.
Aku seorang diri sahaja 
Di perantauan ini rupanya. 

Ramai kau boleh panggil kawan,
Tapi ramai mana boleh kau panggil sahabat?
Sahabat yang mahu mati sama engkau

*mengeluh* 

Ada kata,
Siapa perlu sahabat.
Susahkan saja.

Tapi,
Aku kata.
Bukan semua susahkan,
Kerna suatu hari,
Kau akan tatap talifonmu dan cari,
Siapa yang bisa membantu.

Masa itu baru kau tahu,
Siapa sahabatmu.
Dan kenapa, 
Kau perlukan.
Mereka

No comments:

Post a Comment