Wednesday, 13 December 2017

I am a mother now!

As'salam.

Yesss macam tajuk besar kat atas tu, I am a mother now! Tetiba tak dan update pape terus a mother kan. Alhamdulillah pada 15 Ogos 2017, aku telah selamat melahirkan puteri sulungku di Pusat Perubatan Universiti Malaya secara cesarean pada pukul 7.12min petang hari Selasa. Niat di hati nak go for normal, malangnya jalan tak buka and dah lama sangat baby kat dalam so mummy redha. As agree from both side, nama diberi Nur Keisha Medina Binti Mohammad Syahril.




 Alkisahnya on 14 Aug 2017, mummy pergi check up je kat KK depan office, but suddenly BP mummy tinggi and tak nak drop, that day mummy baru 36w and 6d. BP asyik range 150/100 je. Dari pagi bawak ke tengah hari pun masih sama so lastly nurse panggil kan ambulance and bersama-sama lah kami semua ke PPUM. Attached video mummy dalam ambulance.


Sampai je PPUM terus masuk kecemasan tapi stil rilek-rilek lagi sebab tak rasa sakit apa pun just problem BP je. MIL, FIL and abang adik ipar masih ada kat rumah dorang expect nak tunggu tapi laki I kata mungkin just warded biasa saja so tak perlu tunggu lah. But somehow siapa sangka terus beranak, tapi bukan on that day, its on the next day.

Doctor check up mummy kat emergency, cadang nak induce. Ada tiga pilihan induce.

  • Minum
  • Masuk ikut lubang dubur
  • Injection
Mummy choose minum sebab macam paling senang. FYI, minum tu sebenarnya kajian baru bagi doctor-doctor kat PPUM. Kira benda baru la tempat lain macam belum ada lagi rasanya. Mostly tempat lain ubat ikut buntut je kan. Dia kena minum 2 kali, first minum sekali dalam 10pm macam tu, then minum lagi sekali tengah malam 2 or 3 am kot tak ingat. Rasa air dia biasa-biasa je tak rasa apa sangat pun standard rasa air ubat je. Lepas minum ubat tu mummy tak rasa apa-apa pun tak sakit tak apa. Mungkin ubat kajian doctor tu tak jalan kot. Lepas check bukaan pon hanya 1 cm je. Bapak sakit masa dia masukkan jari nak check bukaan. puihhhhhh

Lepas tu mummy dihantar ke bilik kawalan which dorang nak monitor lagi. Ada sorang doktor pakar which dorang panggil Prof check bukaan hanya 2 cm je. So dia pecahkan air ketuban. That time rasanya da pagi, dalam 9 lebih tak silap. So dorang bagi mummy baca template tentang epidural since mummy ada high BP so dorang suggest ambil epidural and I agree with it. 
Pengalaman dipecahkan air ketuban memang pengalaman yang sangat-sangat mengagumkan haha.
Dia cucuk something into your bawah tu then tetiba like flusshhhhh air keluar dengan banyaknya even you cant control it. Dia macam kau nak kencing tapi cam langsung takleh tahan air tu keluar. Kau kena redha je. Banyak gila air yang keluar tu sampai few hours lagi pon cam ada lagi. Prof tu pecahkan air ketuban dengan harapan jalan akan buka so they tranfer me to another room tuk inject epidural pula.

Inject epidural tu takde lah sakit sangat pun for me, rasa sejuk je bila masuk ubat tu. Lepas inject maka bermula lah kisah contraction. Thank God mummy takde rasa contraction ebab epidural even bacaan contraction tinggi. Rasa macam period pain je time tu. Da sampai petang da nak Maghrib pun mummy tak rasa nak beranak lagi macam mana ni. So Doktor decide nak Czer sebab takut baby lemas. Mummy okay sahaja asalkan baby selamat. So bila dorang nak tolak pergi operation room tu Mummy boleh tanya nurse suami saya ada dekat luar ke, nurse kata ada then mummny kata saya taknak jumpa suami saya. Tapi nurse kata kena jumpa juga sebab kita akan lalu depan dia. Dari tak nangis jumpa je husband i terus meleleh gila-gila. Dengan harapan semua selamat. 



Mummy nak balik dulu, nak jemput my princess from babysitter. Will continue esok. 

Love,
xoxo

No comments:

Post a Comment